31 January 2022

JATUH MOTOR KETIKA SARAT MENGANDUNG - BEKAS PENGASUH AAFIYAH ALAMI LUKA & DARAH BEKU DI KEPALA



Malang tak berbau... demikian halnya dengan bekas pengasuh anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu Dayah Zubit apabila terjatuh daripada motosikal ketika sedang sarat mengandung.

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah, 26, yang menunggu hari untuk melahirkan itu telah dikejarkan ke hospital. Dayah memaklumkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki, namun bersyukur kandungannya selamat.

"Alhamdulillah syukur ya Allah syukur baby okay dan selamat. Yang tak okey mummy dia sebab ada blood clot (darah beku) kerana cedera di kepala akibat jatuh daripada motosikal. So Mummy dia yang rasa ya amat tu dan ada luka kat siku, tangan, lutut dan kaki," tulisnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Dayah mengakui dirinya terlalu aktif dan perlu banyak berehat sementara menunggu hari melahirkan bayi sulungnya itu. Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mendoakan kesihatan diri dan kandungannya.

"Mak buyung aktif sangat gamaknya, Allah nak suruh betul-betul rehat, counting days nak deliver dan banyak dekatkan diri lagi denganNya. Semua yang berlaku sebab Allah sayang. Saya masih bersyukur sebab sudah semakin baik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami," ujarnya.

Pada 21 Januari lalu, Dayah mengadakan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nur Hidayah berkahwin dengan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei 2021.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: