07 January 2022

KELUAR SINGLE - MICHAEL ANG TAK KISAH DIKRITIK, DISAMAKAN DENGAN ALIFF SYUKRI



Jika sebelum ini, pengarah, produser dan pelakon Michael Ang mengkritik suara Ahmad Iqbal Zulkefli macam 'pondan pencen' selepas usahawan itu mengeluarkan single 'Hujan', terkini giliran Michael pula yang dikritik apabila dia kini muncul dengan lagu sendiri berjudul 'Cinta Atau Propa' pada Rabu lalu.

"Tiber jadi penyanyi pula? Semua benda nak charas. Jadi director sudahlah... Duit dah banyak. Bagi la chance orang lain cari makan. Apo..." itulah tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tampil memberi komen mengenai nyanyian Michael.

Komen yang ditinggalkan Vida itu telah lantas menerima respon Michael: "Belajar daripada Datuk lah, apa beza," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Michael atau lebih mesra disapa Mike, mengakui suaranya mungkin tidak sedap seperti penyanyi profesional, namun tidaklah teruk sehingga boleh membuatkan pendengar muntah mendengarnya. Malah, Michael juga tidak kisah jika ada pihak mengkritik, siap ada menyamakan dirinya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah tampil dengan beberapa lagu sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Sesiapa sahaja boleh menyanyi, ada duit boleh lah menyanyi, tapi saya tak keluar duit sendiri, saya ditawarkan untuk menyanyi. Kalau orang nak samakan saya dengan Aliff Syukri pun saya okay saja, saya rasa saya menyanyi tak sumbang, kalau saya rasa lagu tu busuk, saya memang tak bagi keluar!

"Iya, suara saya tidaklah sedap sangat. Tapi saya cuba buat yang terbaik. Selepas dengar saya rasa suara sendiri tidaklah teruk sangat sehingga boleh membuatkan pendengar muntah.

"Semua orang ada hak untuk mengkritik. Saya juga banyak mengkritik. Kalau saya dengan seseorang penyanyi itu menyanyi tidak sedap, saya akan kritik terutama ketika pertandingan. Saya hanya kritik penyanyi yang memasuki pertandingan.

"Jadi bila saya mengambil keputusan untuk keluarkan lagu, saya kena bersedia untuk menerima kritikan orang dan saya harus terima jika dikritik.


"Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa. Sejujurnya lagu ini tidak ada kena mengena dengan siapa pun. Saya tujukan lagu ini kepada pekerja-pekerja saya dan tentang kehidupan peribadi saya. Jadi kalau ada yang tersinggung, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya.

"Saya telah buat pelbagai perkara daripada berlakon, mengarah, menulis skrip, memasak dan menjadi penerbit. Hanya ada tiga perkara lagi yang belum saya lakukan iaitu menyanyi, menulis lagu dan menulis lirik.

"Saya pernah cakap pada diri sendiri sebelum ini bahawa menyanyi adalah satu-satunya perkara yang saya tidak akan buat kerana langsung tidak yakin dengan suara sendiri.

Video muzik 'Cinta Atau Propa' yang ditulis dan digubah oleh Killa Driz itu telah menerima lebih 54,000 tontonan di saluran YouTube Indigital Music.


TONTON MV 'CINTA ATAU PROPA': https://youtu.be/-JUyOJcyJiI

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: