07 January 2022

PETI SUARA - NABILA RAZALI BERSYUKUR SEMAKIN SEMBUH



"Alhamdulillah, keadaan peti suara saya sekarang semakin baik. Malah, saya juga masih melakukan langkah penjagaan untuk memastikan ia terus pulih. Penjagaan pemakanan diutamakan dengan mengingat setiap pesan doktor supaya tidak makan makanan yang pedas sangat, elak minum ais serta cuba kurangkan ambil makanan berminyak.

"Walaupun susah juga sebenarnya untuk saya mengikuti saranan doktor itu sebab benda asas yang memang selalu kita ambil dan dan jadi rutin, tapi diri sendiri dan mental kena kuat. Setakat ini, saya selesa untuk menyanyi dan tak rasa sakit lagi. Apa pun, saya juga ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan dan terus menyokong saya selama ini.

"Saya gembira masih dapat aktif dalam kerjaya seni kerana sokongan peminat. Terus terang, saya hanya mampu berterima kasih dan selebihnya kebaikan itu Allah saja yang membalas," kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali. yang meluahkan rasa syukur apabila masalah peti suaranya kini semakin sembuh selepas banyak mengikut apa yang dinasihatkan doktor.

Nabila, 29, meluahkan rasa syukur apabila keadaan peti suaranya sudah kembali pulih, atas kesabaran dan sikap komited menjaga kesihatan danbanyak mengikut apa yang dinasihatkan doktor.

Klik untuk gambar besar



Sejak awal kemunculannya di pentas Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Nabila sudah menjadi perhatian apabila sering dikritik dan dikecam dengan pelbagai kata-kata pedas yang menusuk hati.

Namun, penyanyi yang popular dengan lagu 'Cemburu', 'Peluang Kedua' dan terbaharu, 'Putus' ini boleh dilabel sebagai 'berhati batu' kerana tidak sedikitpun dia mudah melatah, sekali gus mahu mengundur diri dari kerjaya seni.

"Saya seorang yang positif. Walaupun ada rasa sedih juga dengan segelintir komen diterima itu, tapi saya cuba terima dan pastikan tidak cepat mengalah. Bagi saya, tidak semua komen ditulis netizen itu buruk.

"Ada juga banyak kata semangat dan teguran yang boleh saya ambil untuk memperbaiki apa yang kurang pada diri. Kadang-kadang kita tak sedar pun kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: