07 January 2022

ULAR DALAM MIMPI MUNCUL DI RUMAH, HAMPIR DIPATUK - AYU DAMIT TRAUMA



Hampir dipatuk ular di rumah... itulah detik cemas yang dihadapi penyanyi Ayu Damit sehingga membuatkannya trauma. Lebih mengejutkan Ayu, apabila insiden itu sama seperti dalam mimpi yang dialami selama beberapa hari sebelum itu.

"Sebenarnya sebelum kejadian itu saya sudah beberapa hari mimpi perkara sama. Kemudian saya beritahu suami, saya mimpi ular dan kali ini, ia bukan saja melingkar tapi patuk terus. Pada keesokannya paginya apabila nak ambil kuali untuk sediakan sarapan, saya ternampak ular di sebelah bahu kanan. Seolah-olah nak mematuk.

"Lebih menakutkan sebab ular itu sama dengan ular yang muncul dalam mimpi sebelum ini. Memang terkejut dibuatnya. Suami terus menghubungi pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) bagi memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat. Bimbang sebab ada anak-anak keluar masuk dapur," katanya yang juga tidak pasti jenis ular berkenaan.

Dalam masa sama, Ayu berkongsi dia sebelum ini pernah berdepan situasi mistik apabila buat pertama kali seekor kelawar tiba-tiba masuk dalam rumah. Menurut Ayu, dia hanya memikirkan soal keselamatan anak-anak.

Klik untuk gambar besar



"Apabila kejadian ini berlaku, saya dan suami tidaklah fikir apa-apa yang pelik pun. Cuma kali ini termimpikan ular pula. Saya ada berjumpa ustaz untuk dapatkan nasihat dan minta air penawar. Saya tidaklah terlalu percaya dengan mimpi itu, tetapi ada rakan-rakan yang mencadangkan supaya cari ikhtiar. Jadi kita cubalah berubat cara tradisional.

"Kalau nak percaya mimpi sepenuhnya pun tak boleh juga, tapi kalau nak biarkan pun nanti terlalu fikir. Pendekatan saya setakat ini, cuba ikhtiar sajalah sekadar termampu. Demi keselamatan anak-anak. Iyalah kalau dah binatang berbisa masuk rumah bimbang ada perkara yang tak baik boleh berlaku.

"Apa yang penting kita positif, yakin dan reda. Cuma dulu saya ada muat naik di Instagram mengenai perkara ini sebagai luahan. Ada yang tak percaya. Alhamdulillah setakat ini, Allah SWT berikan perlindungan. Kalau jadi macam yang dalam mimpi tu, Ya Allah agak menakutkan. Doakan yang baik-baik sahaja, Insya-Allah," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: