08 January 2022

LAPORAN POLIS TERHADAP ADIK - IRWANSYAH TARIK BALIK?



Isu rumah dan kereta milik penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Irwansyah yang disita pihak bank gara-gara dianiayai adik kandungnya, Hafiz Fatur hangat diperkatakan sebelum ini. Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.

Dek kerana itu, Hafiz yang telah memalsukan tandatangan Irwansyah untuk membuat pinjaman bank sebanyak 2 billion Rupiah (RM600,000), dilaporkan ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan pada 19 November 2021 dengan dakwaan pemalsuan tanda tangan akaun pinjaman bank.

Namun Baru-baru ini, Irwansyah menarik semula laporan polis dan tindakan sivil terhadap adiknya yang telah menyebabkan rumah dan keretanya disita pihak bank.

Klik untuk gambar besar



"Kemungkinan akan kami tunda atau mencabut semula laporan terhadap Hafiz. Kami baru keluarkan surat berhubung penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa klien kami memilih fokus ke tindakan sivil," kata peguam.

Sehingga kini, Hafiz yang didakwa masih berstatus sebagai buruan polis.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: