19 January 2022

MENGHITUNG HARI - NEELOFA MOHON DOAKAN PROSES BERSALIN DIPERMUDAHKAN



"Insya-Allah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang takut.

"Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

"Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan," kata selebriti terkenal, Noor Neelofa yang memohon orang ramai mendoakan agar proses kelahiran anak sulungnya itu dipermudahkan.

"Insya-Allah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar.

Klik untuk gambar besar



"Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

"Nama pun Alhamdulillah sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan," tambah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, itu lagi.

Untuk makluman, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: