29 January 2022

MICHAEL ANG TAYANG DAPAT CINCIN MEWAH, BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANG?



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pengarah terkenal Michael Ang telah memuat naik gambar cincin jenama mewah Perancis, Cartier. Dalam hantaran tersebut, Michael turut meninggalkan kapsyen romantik serta mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana sentiasa berada disisinya.

"Hey saya mahu mengucapkan terima kasih kerana berada di sisi saya. Anda adalah sebab saya hidup sekarang. Dan saya menghargai anda sangat-sangat!" tulisnya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tertanya adakah pengarah memberi petunjuk akan menamatkan status bujangnya. Tidak kurang juga ada yang bertanyakan adakah cincin tersebut daripada Datuk Seri Vida.

Setakat ini, Michael yang juga memasuki bidang lakonan dan nyanyian itu masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai persoalan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: