29 January 2022

"SELUAR SAYA PAKAI TERKOYAK..." - AYU DAMIT TERIMA TEGURAN ISU BERPAKAIAN KETAT



"Pengguna media sosial sekarang semakin meluas. Mereka akan bercakap apa sahaja dan ada kalanya menimbulkan isu yang tidak perlu. Apa yang penting saya tahu niat saya untuk bekerja. Memang ada masalah teknikal sedikit ketika itu dan seluar yang saya pakai terkoyak. Namun saya cuba sorok sebaik mungkin agar tidak kelihatan.

"Saya terima segala teguran dengan terbuka. Terima kasih atas setiap komen yang membuatkan saya sedar akan kesilapan tersebut. Pastinya ia akan menjadi pengajaran buat saya supaya lebih berhati-hati," kata penyanyi Ayu Damit yang menjawab kritikan berpakaian ketat baru-baru ini.

Jelas Ayu, hal tersebut adalah disebabkan masalah teknikal yang berlaku sebelum membuat persembahan. Dalam masa masa, Ayu berterima kasih kerana sebalik setiap kecaman, masih ada yang sudi menegur secara baik supaya dia dapat memperbetulkan kesilapan.

Klik untuk gambar besar



Melalui banyak dugaan dan kontroversi sejak kebelakangan ini sehingga menjadi buah mulut orang, Ayu atau nama sebenarnya pemilik nama sebenar Norayu Damit, 33, dinasihatkan supaya berehat daripada dunia seni. Bagaimanapun Ayu mahu mengambil kesempatan atas apa yang terjadi demi merancakkan lagi kerjayanya.

"Apabila banyak sangat cerita tak elok timbul, ada yang nasihatkan saya supaya perlahankan kerjaya. Tapi bagi saya apabila ada cerita sebegini, lebih baik teruskan. Apa yang dah berlaku adalah kisah benar dan saya bukan sengaja nak cipta content. Biarlah orang sedar artis ini juga adalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan," ujarnya lagi.

Terdahulu, heboh diperkatakan kisah Ayu mengalami mimpi pelik dan berkemungkinan terkena sihir. Kemudian timbul pula isu Ayu berpakaian ketat ketika membuat persembahan di sebuah majlis. Malah persembahan tarian yang mengiringi Ayu juga dikecam oleh netizen.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: