30 January 2022

MUNTAH-MUNTAH SELEPAS FB LIVE - SUAMI RISAU, SYAK YANA SAMSUDIN HAMIL ANAK KETIGA



Kira-kira pukul 1 pagi, Ahad, pelakon Yana Samsudin difahamkan telah dibawa ke sebuah pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan, setelah mengalami sakit kepala dan muntah-muntah selepas membuat siaran langsung di Facebook.

Suaminya, pelakon dan penerbit Fadzil Zahari atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari berkata, doktor tidak memberitahu punca sebenar, namun isterinya itu diberikan suntikan bagi menghentikan muntah.

"Dia mula sakit kepala sejak petang semalam... tapi ingatkan biasa saja sebab kadang-kadang ada juga sakit kepala. Tapi bila dah malam, tengah buat FB live, dia mula muntah-muntah. Saya ingat biasa saja, buat lawak ucap tahniah dah pregnant.

"Tapi lama-kelamaan, tengok muka dia lemah dan penat, habis live dia terus terlelap. Pukul 1 pagi, saya bawa dia pergi hospital. Doktor pun tak dapat kesan dia sakit apa. Hanya bagi suntikan untuk hilangkan rasa nak muntah.

Klik untuk gambar besar



"Kemungkinan perut masuk angin... nak kata keracunan makanan, tak juga sebab ada dua orang makan makanan yang sama tapi tak ada apa pun," jelas Fadzil ketika dihubungi mStar.

Yana menerusi laman Instagram miliknya sebelum ini memuat naik foto dia sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah akibat mengalami muntah-muntah. Menurut Yana, dia mula berasa kurang sihat sejak petang, Sabtu.

Dalam pada itu, Fadzil memberitahu dia tidak dapat mengetahui sama ada isterinya sedang hamil berikutan belum membuat sebarang pemeriksaan berkaitan itu.



"Buat masa sekarang Yana masih berehat di rumah. Nak kata dia pregnant tu, saya pun tak tahu. Masa live tu, saya saja berseloroh ucap tahniah dia pregnant.

"Kami belum lagi buat pemeriksaan dia hamil atau tidak. Apa-apa pun, doakan la... mana tahu ada rezeki kami untuk dikurniakan anak lagi," ujarnya.

Untuk makluman, Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, mereka turut dikurniakan dua cahaya mata, Aisy Mateen, 5, serta Aura Aisy Sofea yang kini berusia dua tahun.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: