30 January 2022

"HARUNGI DETIK HITAM BERSAMA... DIALAH WANITA YANG SAYA MAHU SEHIDUP SEMATI" - TUNANG ZULIN AZIZ



Sudah lama merancang untuk melangkah ke fasa baru, pelakon dan penyanyi Zulin Aziz meluahkan rasa syukur doanya dimakbulkan Allah apabila dia selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati, Farhan Norzaini pada Jumaat lalu, selepas dilamar di Madinah.

"Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Farhan turut menyifatkan Zulin seorang yang pandai mengambil hati keluarganya dan sentiasa ada bersama ketika berdepan suka duka.

"Dia bersama saya ketika mengharungi detik paling hitam dalam hidup di mana saya kehilangan ibu, Oktober tahun lalu. Saat itu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati.

Klik untuk gambar besar



"Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti arwah menjaga saya," ujarnya.

Berkongsikan mengenai perkenalan pertama mereka, Farhan berkata dia memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin di Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

"Ketika itu, saya menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Tidak semena-mena, arwah ibu cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

"Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. vSaya tak sangka dia membalas mesej. Ketika itu, saya fikir tidak mungkin Zulin balas kerana saya hanya orang biasa antara jutaan pengikutnya," kongsinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: