16 January 2022

NIKKI AKUI KESIHATAN BELUM PULIH SEPENUHNYA - BIMBANG KECEWAKAN PEMINAT



"Jujur saya katakan belum sihat sepenuhnya. Doktor pesan untuk rehat dalam masa dua minggu. Saya hanya dapat hadir full dress rehearsal pada Sabtu. Mungkin ada kacau sedikit dalam persembahan nanti.

"Apa yang penting saya boleh sampaikan cerita dalam lagu untuk persembahan nanti," kata penyanyi Nikki Palikat yang memberitahu beberapa jam sebelum berlangsung konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), keadaan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

Dibenarkan keluar dari hospital Jumaat lalu, Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat, 37, mengakui bimbang dengan persembahan yang bakal dilakukannya pada malam Ahad. Penyanyi lagu 'Drama' ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa lalu akibat terlalu penat.

Klik untuk gambar besar



Nikki bakal menyampaikan dua buah lagu iaitu 'Puncak Kasih' nyanyian asal Ziana Zain dan 'Ikut Rentakku' (Jaclyn Victor) pada malam Ahad. Berharap dapat melakukan persembahan terbaik, Nikki berkata, dia tidak mahu peminat yang meletakkan harapan tinggi kepadanya berasa kecewa.

"Saya geram dengan diri sendiri. Memang kalau boleh saya mahu kesihatan baik seperti sebelum ini tetapi apa boleh buat? Saya tahu peminat meletakkan harapan tinggi dan apa yang dipersembahkan nanti tidak seperti yang dirancang.

"Doktor sudah pesan jangan terlalu paksa diri. Bagaimanapun dua lagu malam ini penyanyi asalnya adalah diva dan perlu tenaga tinggi. Pastinya saya akan serlahkan vokal dan perlahankan pergerakan untuk lagu rancak," ceritanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: