16 January 2022

VIDA 'BERKENAN' JADIKAN SHUIB SEBAGAI SUAMINYA, ADA CIRI-CIRI IDAMAN



Jika sebelum ini, ramai yang 'menjodohkan' Shuib Sepahtu dengan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, terkini jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil memberitahu yang dia juga mahu berjodohan dengan pelawak dan usahawan popular itu.

Vida berkata, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan Shuib kerana pelawak itu memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

Menurut Vida yang juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.

Klik untuk gambar besar



"Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi.

"Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka.

"Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib," ujar Vida yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: