16 January 2022

1 DISEMBER LALU - SALMA ASIS SELAMAT BERSALIN ANAK KEEMPAT, IFRA MIQAILA



"Selesai sudah berpantang 44 hari. Perkenalkan anak perempuan saya IFRA MIQAILA lahir pada 1 Disember 2021 berat 3.46kg. Alhamdulillah Allah dengar Doa saya untuk bersalin Normal. Enam tahun lepas bersalin operation so doktor kata better bersalin operate, tapi saya tetap juga nak bersalin normal.

"Syukur Doa diperkenankan," demikian tulis penyanyi Salma Asis yang mendedahkan wajah penuh anak keempat yang diberi nama Ifra Miqaila yang dilahirkan pada 1 Disember lalu dengan berat 3.46 kilogram.

Selesai menjalani tempoh pantang selama 44 hari, isteri kepada penyanyi Azri Abdullah itu juga menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Salma turut berkongsi foto terkini permata hatinya itu.

Untuk makluman, Salma dan Azri yang juga finalis Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: