16 January 2022

PEMINAT SPEKULASI MARYAM BAKAL DAPAT ADIK, NAMPAK 'BABY BUMP' ISTERI FIZO OMAR



"Macam terlihat isteri mengandung." - "Maryam dah nak ada adik ke?" - "Nampak macam baby bump," antara komen dan pertanyaan peminat selepas meliht foto dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga.

Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa netizen bertanya tentang kehamilan dan 'baby bump' yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

Perkongsian tersebut menjadi perhatian apabila netizen mula mengesyaki isteri pelakon itu iaitu Fazeera Nazri kini sedang hamil. Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, perkongsian video di Instagramstory kakak Fizo iaitu Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan tentang hal tersebut.

"Aunty Fazeera okey?" soal Wan Diana.

"Baby Faz okey...," jawab Fazeera.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, usaha media mendapatkan komen Fizo belum berhasil apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan. Apapun, sekiranya benar isteri Fizo sedang hamil, didoakan agar kandungan berkenaan membesar dengan sihat dan selamat.

Untuk makluman, Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo.

Sebelum ini, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: