16 January 2022

AKIBAT KERACUNAN MAKANAN - AZWAN ALI MASUK ICU



Pengacara dan pelakon sensasi Azwan Ali yang bermulut lantang baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan beberapa hari lalu.

Sempat memuat naik status di Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA berharap kesihatannya kembali pulih serta mengatakan peminat tidak perlu risau.

"DIVA AA NOW ADMITTED AT ICU HOSPITAL PANTAI FOR FOOD POISONING! NO WORRIES! SPEEDY RECOVERY Thumbs up Thumbs up," tulisnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Diva AA turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan tangannya dimasukkan drip air.

Klik untuk gambar besar




Perkongsian Diva AA itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar pengacara itu diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

Namun, seperti sudah disangka ada juga komen negatif dilemparkan oleh netizen terhadap pengacara itu.

"Baguslah masuk hospital. Lama sikit pun tak apa. Aman dunia. Itu baru keracunan makanan, belum lain-lain," tulis netizen.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru Azwan memaklumkan dia sudah pun dibenarkan keluar dari wad semalam.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: