"Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena 'maintain' saya masih guna suplemen. Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran apa-apa (di media sosial).
"Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak. Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur)," itulah kata pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju.
Zarina menjelaskan, buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus sekali gus menepis dakwaan dia tidak jujur dalam proses penurunan berat badannya. Pelakon berusia 34 itu bertegas, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbelanja melakukan prosedur tersebut kerana status kewangannya yang 'lebih daripada mampu'.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Zarina atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, turut berkongsi video pendek di laman Instagram miliknya dimana ia memaparkan proses dia melakukan liposuction di sebuah klinik swasta baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zarina menempelak segelintir kaum lelaki yang mengkritik perbuatannya melakukan proses sedut lemak (liposuction) untuk kurus sebagai haram. Zarina secara sinikal berkata, menonton video lucah dan melakukan perkara tidak senonoh di hadapan komputer juga adalah haram, namun masih berlaku khususnya dalam kalangan lelaki.
________________________
No comments:
Post a Comment