17 January 2022

2 KALI LAPOR POLIS - LAILA NASIR MOHON SALUR MAKLUMAT, KERETANYA DILARIKAN PENYEWA



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon senior dan usahawan, Laila Nasir telah berkongsi gambar kereta jenis Proton Wira miliknya, selain memaklumkan kenderaan berkenaan telah hilang dan dipercayai dilarikan oleh penyewa.

Lantaran itu, Laila memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada terjumpa atau terserempak dengan keretanya itu. Menurutnya, pihak penyewa didakwa mematikan telefon bimbit dan sehingga kini lokasi mereka masih lagi belum dapat dikesan.

"Assalamualaikum warga penduduk semua, mohon bantuan daripada semua untuk viralkan kereta kami yang telah di bawa lari oleh penyewa. Apabila dihubungi, pihak penyewa tak nak bagi kerjasama dan matikan telefon. Mohon kepada sesiapa yang ada ternampak kereta Wira di bawah, boleh segera hubungi saya di no 012-3171102," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkhabaran tersebut dikongsikan pelakon drama 'Kiblat Yang Hilang' itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan dia telah pun membuat dua laporan polis berhubung kes kehilangan keretanya itu. Dipercayai lokasi terakhir kereta tersebut adalah di Bukit Belacan, Ampang.

"Report polis dah dibuat dua kali. Sesiapa yang ada details dan tahu atau pernah nampak kereta ni, boleh tahan terus ya sebab report polis dah ada. Maaf gambar tak jelas. Gambar ni je yang ada dalam simpanan kami," kongsinya lagi.


Sementara itu, segala butiran mengenai kereta tersebut turut telah dikongsikan di ruangan kapsyen. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut membantu memanjangkan posting tersebut selain turut menitipkan doa semoga kereta tersebut dapat ditemukan semula.

Apapun, kami berharap agar Laila dapat bersabar dan diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Semoga kereta yang hilang itu dapat ditemukan semula dengan kadar segera.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: