17 January 2022

SAH BERCERAI TALAK SATU - SITI SALEHA REDHA JODOHNYA HANYA BERTAHAN 4 TAHUN



"Hari ini Alahmdulillah kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tak panjang, sampai di sini saja. Tiada apa saya boleh ulas cuma kami tiada kesefahaman," demikianlah jelas pelakon Siti Saleha yang akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Lafaz cerai dilakukan Ahmad Lutfi di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Karim kira-kira pukul 10.30 pagi. Perceraian pasangan ini berlaku secara baik.

Saleha bagaimanapun redha jodohnya dengan bekas suami hanya mampu bertahan selama empat tahun, Saleh berkata perceraian mereka itu berlaku secara baik.

Klik untuk gambar besar



Pada 13 Oktober tahun lalu, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Berita tersebut mengejutkan ramai apatah lagi pelakon itu sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial.

Untuk makluman, Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2018 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: