09 January 2022

"SAYA BUKAN BUAT DOSA ATAU MAKSIAT" - NORA AKUI ADA SEBAB KAHWIN SENYAP-SENYAP



"Pertama sekali, kahwin senyap-senyap memang betul. Memang saya tak berniat nak beria-ia bercerita kepada umum sebab ini perkahwinan kedua dan itu hak saya untuk taknak kecohkan. Mengenai dakwaan yang menuduh saya sudah dua tahun berkahwin, rasanya memang tak benar. Yang penting, kami buat benda yang halal iaitu berkahwin dan ia bukan perkara tidak baik pun.

"Itu saya rasa kena tanya dia (suami) sendiri. Nanti kalau saya jawab, salah pula. Bagi saya ia sebenarnya tak penting pun. Yang penting saya bukan pergi buat dosa atau buat maksiat. Itu lebih penting. Kalau saya ditangkap khalwat lagi teruk kan. Kita tak nak tengok orang berkahwin, kita nak pula dia bercerai.

"Tak baik begitu," jelas penyanyi Datuk Nora Ariffin, 49, yang sekali lagi menafikan segala tuduhan dan fitnah yang mendakwa dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Nora bagaimanapun mengakui majlis perkahwinannya bersama suami memang dibuat secara senyap dan tidak begitu digembar-gemburkan. Menjawab juga dakwaan berkenaan Rushdi sudah menceraikan isterinya, Nora meminta agar pihak Melodi bertanyakan sendiri kepada suaminya.

Ditanya juga sekiranya dia mengenali isteri pertama Rushdi, Nora berkata, dia mengenali semua orang dan hubungan mereka baik: "Saya kenal ramai orang dan saya baik dengan semua orang. Okey baik-baik saja, macam biasa kita sebagai sama-sama muslimah. Semua kenal sama sendiri," ujarnya.

Sementara itu Dr Rushdi mengakui dia adalah kawan baik kepada Allahyarham Johan: "Mungkin hubungan saya dengan Datuk Nora sangat terbatas. Saya tak pernah berbual dengan dia, memang tiada. Jadi, mungkin apa yang dilalui ini semua ketentuan Allah SWT yang diluar jangkaan saya sendiri," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: