10 January 2022

NAD ZAINAL TAMPIL DENGAN GAUN TERDEDAH - PEMINAT LUAH KECEWA



"Makin tunjuk benda tersembunyi. Mohon taubat semua. Saya pun perasan juga semenjak makin kurus ni, ish tak tahulah." - "Makin lama makin terbuka benda yang haram untuk ditayang, perlahan-lahan tutup aurat ya.

"Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best," antara komen-komen peminat yang meluahkan rasa kecewa selepas melihat penampilan pelakon Nad Zainal yang semakin seksi.

Menerusi laman Instagram, Nad baru-baru ini telah berkongsikan beberapa keping foto memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baru lakonannya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, perkongsian terbaru ibu kepada dua cahaya mata itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto dirinya memakai gaun merah yang dikatakan terlalu terdedah.

Tidak kurang juga, ada netizen yang menggesa Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin segera bertaubat. Malah, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap suami pelakon itu, Muhammad Faliq Amirudin yang terpaksa menanggung perbuatan isterinya.

"Baju ambil v@ks1n. Kasihan laki kau kak." - "Selagi mana dilihat orang selagi itulah suami menanggung dosa awak," demikian teguran netizen-netizen.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: