10 January 2022

VIDA KESAL SA.YA TERSINGKIR: "SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN... NAMPAK SANGAT PILIH BULU"



Semua sedia maklum mengenai kumpulan duo lagenda, Sa Ya yang diketuai oleh Saiful Apek bersama Yassin Yahya dimana mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu ke-8 konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.

Meskipun mendapat pujian dari juri kerana mempunyai idea yang kreatif serta menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka, bagaimanapun dari aspek vokal, mereka tidak dapat memuaskan hati para juri.

Namun begitu, Saiful Apek atau lebih mesra dipanggil Apek berkata dia sangat berpuas hati kumpulannya dapat bertahan hingga minggu kelapan. Apek juga lega kerana sudah langsaikan hutang dengan peminat.

Penyingkiran Sa.Ya itu nampaknya membuatkan ramai pihak kecewa, termasuk juga usahawan kosmetik iaitu Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa kesalnya apabila kumpulan Sa Ya tersingkir pada minggu kelapan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, beliau turut menganggap ada unsur 'pilih bulu' kerana peserta yang bagus tersingkir tetapi peserta yang biasa masih kekal dalam pertandingan.

"SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR..✅ SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI.. SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN.... NAMPAK SANGAT PILIH BULU.. BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA.. TAPI DISIMPAN..? ATAS DASAR APA?.. LAGEND?

"KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?, ✅ YANG BAGUS DI SINGKIRKAN.. ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU...SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV..😢😢 @saifulapek @yassinsenario78," tulis Vida.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: