10 January 2022

"SAYA RINDU RUMAH SAYA... JUJUR PENAT SANGAT" - SHILA AMZAH



Penyanyi Shila Amzah menerusi laman Twitter miliknya telah meluahkan rasa rindu untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Cyberjaya.

Menerusi satu entri lain, Shila mengakui sudah berada letih dan hanya mampu bersabar serta terus cuba untuk memujuk dirinya.

"Saya rindu rumah saya.

"Jujur penat, penat sangat. Tunggu penantian, sabar.. baca benda yang kita tak suka.. masih kena sabar.. pujuk hati, pujuk diri," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mendoakan yang baik-baik serta berharap agar segala urusan penyanyi itu dipermudahkan.

Pada Disember tahun lalu, Shila telah mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan dia sudah menfailkan cerai dan sudah dua bulan tidak sebumbuang dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Ujar Shila, semua orang mahukan kebahagiaan dan dia sudah cuba bertahan namun keputusan cerai itu adalah jalan terakhir.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: