10 January 2022

NATASHA HUDSON TAMPIL 'FREEHAIR'?



Menerusi muat naik di laman Instagram, penampilan terbaharu pelakon Natasha Hudson tidak berhijab telah mengejutkan banyak pihak, terutama peminat kerana sebelum ini berhijab, bahkan pernah berniqab sekitar 2016.

Pelakon itu tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, memuat naik gambar dan video sedang menjalani aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang.

Malah, Natasha dilihat tampil dengan imej tanpa hijab ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Dalam satu lagi hantaran gambar dan video yang dimuat naik hari ini pula, aktres filem 'Chermin' itu hanya dilihat memakai baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam sedang menikmati keindahan pantai di Langkawi.

Bagaimanapun, pihak Natasha sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung imej terbaharunya itu, malah ruangan komen Instagramnya turut ditutup.

Terdahulu pada Januari tahun lalu, Natasha turut mencetuskan kontroversi apabila mengenakan busana yang tidak selari dengan imej seorang muslimah dalam sebuah majlis pelancaran produk kacantikan.

Dalam acara tersebut, Natasha bukan sahaja menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu tetapi turut mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: