10 January 2022

KOMPOSER LAGU 'DIARI HATIMU' TERIMA RAWATAN KANSER PROSTAT & TULANG



Pencipta lagu Diari Hatimu yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Ferdy Ferdian Khalid NS memberitahu yang dia sudah seminggu terlantar di Hospital Tuanku Aminah (HTA) Johor Bahru bagi menerima rawatan akibat kanser prostat dan tulang.

"Kedua-dua belah kaki saya sekarang tak boleh bergerak lagi dan hanya mampu terbaring saja. Saya hidap kanser prostat hingga melarat ke tulang dan itu sebabnya kedua-dua belah kaki turut menerima kesannya. Tapi, saya sekarang turut menjalani rawatan kanser tulang," katanya kepada Harian Metro.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, Khalid atau nama sebenarnya Jahi Hasim, 71, pernah diserang sakit jantung dan terpaksa dipasang dua 'spring' di bahagian jantungnya.

Nama Khalid mula menyerlah apabila lagu 'Diari Hatimu' yang berentak balada dimuatkan dalam album Adiwarna Siti Nurhaliza pada 1998 itu berjaya menjadi single kedua dan meletup di kalangan pendengar.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, dia juga turut mempunyai produksi rakaman menerusi label Irama Perindu yang banyak mengendalikan karier artis-artis dari Johor.

Selain aktif dalam perniagaan muzik, Khalid turut membuka kedai urutan kesihatan dan butik pakaian. Bagaimanapun, penularan pandemik Covid-19 turut memberi kesan terhadap perniagaannya.

"Kedai yang besar sudah ditutup kerana tiada pekerja mengendalikannya. Kini, hanya tinggal kedai kecil seperti NS Tradisional di Larkin dan di Giant Ekstra, Taman Suria kerana ada pekerja yang masih uruskan," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: