11 January 2022

"BILA JUMPA SEMUA MACAM 'BABY' ALA-ALA COMEL" - ALI PUTEH BENGANG MASIH DITUDUH TAMAK HARTA



"Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, 'setting' (tetapkan) tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi," tulis pelawak Ali Puteh yang akhirnya meluahkan perasaannya setelah sekian lama memendam perasaan dengan kecaman dan pandangan negatif warganet.

Ali, 33, menerusi hantaran di Instagram mencabar mereka yang masih tidak berpuas hati agar bertemunya secara berdepan. Menjelaskan lebih lanjut Ali berkata, dia bukan mahu riak, takbur malah jauh sekali ingin bergaduh.

"Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen mengenai kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam 'baby' ala-ala comel".

"Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey. Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi," katanya. 

 Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: