11 January 2022

SAMBUT ANNIVERSARY KE-8 - ELIZAD DEDAH PERNAH MINTA SUAMI KAHWIN LAIN DEMI ZURIAT



Pelakon Siti Elizad dan suami iaitu Shamsul Baharin Rahman telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-8 hari ini dan pasangan itu masih bersabar menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Sharifuddin, 37, yang memuat naik ucapan menyentuh hati menerusi laman Instagram itu berkata, dia enggan lagi terlalu berharap kerana percaya Allah SWT sudah mengaturkan yang terbaik.

"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke8 sayang ku ❤️. I takde ucapan panjang2 utk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti I akan ckp "Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga". Rasanya dah boleh tukar dialog tu. 8 tahun menanti 🥲.

"Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us 👫. Doakan kami ya semua 🤲🏻❤️🥰. #ridingpartnerforlife #husbandandwife #imamkusurgaku #11thjanuary," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Elizad itu turut menarik perhatian netizen termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan agar dia dikurniakan zuriat. Sementara itu, Elizad memberitahu, zuriat bukanlah satu isu dalam rumah tangga yang dibina itu kerana suaminya sudah mempunyai dua cahaya mata pada perkahwinan terdahulu.

"Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain... tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami. InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.



"Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja. Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram... kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga," ujarnya kepada mStar.

Untuk makluman, Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015. Pada November 2020, aktres ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Elizad bagaimanapun berkata dia tidak akan berputus asa dan terus berikhtiar mendapatkan zuriatnya sendiri. Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan semoga impiannya itu tercapai.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: