11 January 2022

BELLA ASTILLAH: "TAMIL SONG ATAU OPERA SONG... NANTI ORANG KATA SENANG JUGA"



"Syukur Alhamdulillah @iamaliffaziz dapat rezeki untuk ke Semi final @gegarvaganzaofficial 8 🥰. Proud of you love! Just do your best, buat yang terbaik pun ada yang tak suka apatah lagi kalau ada tersilap.

"Lumrah kehidupan. We can never please people. Ignore and move on. Rezeki Allah s.w.t dah susun & tetapkan. Kita hanya menjalani. Yang penting setiap lagu yang awak dapat awak buat dengan ikhlas dan jujur ya 🌹.

"P/s: I really hope awak dapat tamil song atau opera song, tp kalau awak boleh nyanyi nanti org kata senang juga 😅," demikian pesanan Bella Astillah buat suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Klik untuk gambar besar



Status Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah itu seolah secara sinis menyindir netizen kerana tidak menyukai suaminya dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Terdahulu Aliff diumum menjadi peserta kedua yang layak ke peringkat separuh akhir GV8 yang bakal berlangsung Ahad ini. Pada peringkat suku akhir kelmarin, Aliff menyanyikan lagu 'Rapuh' nyanyian asal Nastia dengan markah keseluruhan 76.80 peratus.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: