"Ya... saya sudah lengkap v@ks1n@s1. Saya ambil suntikan pertama v@ks1n jenis S1n0v@c pada penghujung Oktober dan suntikan kedua pada November tahun lalu. Suami memberi tempoh kepada saya selama dua tahun untuk menyuarakan tentang v@ks1n C0V1D.
"Jadi, sudah tiba masanya untuk saya dan anak mengikut katanya. Jadi, sebab utama saya ambil suntikan v@ks1n kerana patuh pada suami. Selagi dia masih suami, saya kena dengar katanya dan hormatinya sebagai suami.
"Tapi saya ada cakap pada dia, apa-apa terjadi kepada saya dan anak kami, dia kena tanggung la," itulah kata pelakon Ellie Suriaty apabila dia yang dahulunya enggan menerima suntikan bahan pelali C0V1D itu kini sudah lengkap v@ks1n@s1 sejak tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Ellie menegaskan sebab utama dia terbuka untuk menerima suntikan kerana menghormati pendirian dan patuh kepada suaminya. Dia akur selepas tempoh dua tahun yang diberikan oleh suaminya untuk menyuarakan tentang v@ks1n tersebut sudah tamat.
Berhubung pendiriannya sebelum ini yang enggan menerima suntikan tersebut, Ellie menolak tanggapan ramai sebagai seorang anti v@ks1n, sebaliknya hanya menyuarakan keraguan terhadap bahan pelali yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.
"Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti v@ks1n. Saya cuma persoalkan dan menyuarakan tentang v@ks1n C0V1D yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja. Tak tepat panggil saya anti v@ks1n. Pada saya, tak salah untuk menyuarakan. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tak main cakap saja. Tak ada siapa nak dijangkiti C0V1D.
"Setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil v@ks1n, tak kena pun jangkitan (C0V1D).
"Berhubung soal anak-anak pula, kami mengamalkan kebebasan untuk bersuara di rumah. Saya tidak memaksa mereka mengambil v@ks1n dan juga tidak menghalang. Terpulang kepada mereka apabila membuat keputusan untuk turut div@ks1n@s1," tambahnya lagi.
________________________
No comments:
Post a Comment