"Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti C0V1D buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba. Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik saja," kata pelakon Aeril Zafrel mengakui berdepan masalah migrain selepas bebas C0V1D sebanyak dua kali tahun lalu
Aeril berkata, hampir tiga bulan dia mengalami masalah sakit kepala sehingga perlu mendapatkan ubat penahan sakit. Menurut Aeril, disebabkan gejala selepas C0V1D yang dialami dia mendapatkan rawatan di hospital untuk menjalani ujian x-ray.
"Saya terus buat ujian x-ray di bahagian paru-paru. Alhamdulillah semuanya normal dan tiada sebarang masalah. Saya dimaklumkan ramai juga pesakit C0V1D yang mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru dan sukar pulih," jelasnya lagi.
________________________

No comments:
Post a Comment