21 January 2022

SUSULAN KONTROVERSI DIBAWA LARI - SUAMI UPAH DUA BODYGUARD JAGA NYNAA HARIZAL



"Kalau ada orang keluarkan pistol, saya terpaksa ada pengawal peribadi," ujar suami pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas yang kini lebih berhati-hati tentang keselamatan isterinya dengan mengupah dua pengawal peribadi, selepas terpalit kontroversi November tahun lalu apabila Nynaa didakwa dilarikan bapanya.

Dalam pada itu, Nynaa berkata kontroversi rumah tangga berlaku sebelum ini disifatkan sebagai satu mimpi ngeri namun bersyukur semuanya berakhir dengan baik.

Nynaa juga mengakui masalah yang timbul sebelum ini ada membabitkan keluarga. Namun, dia percaya hubungan keluarga pasti akan berbaik pada akhirnya.

"Apa yang terjadi bagaikan nightmare bagi saya. Sejak awal pembabitan dalam industri tak pernah ada kontroversi. Tak sangka perkara ini berlaku.

Klik untuk gambar besar



"Saya berkahwin dan ingin bahagia seperti orang lain. Betul ada masalah keluarga. Pada ia adalah sesuatu yang normal apabila timbul masalah, lama kelamaan ia akan berbaik juga," jelasnya.

Sementara itu, Fahmi menyifatkan konflik yang berlaku adalah sesuatu yang sangat memalukan namun sebagai suami dia sanggup melakukan apa sahaja demi rumah tangga mereka.

"Kejadian yang berlaku sangat rumit kerana melibatkan banyak pihak. Kami menjalani hidup seperti biasa sekarang. Kami faham kerja masing-masing dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami isteri. Jika ada yang ingin berbuat perkara tidak baik dengan kami di masa akan datang, insaflah," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: