21 January 2022

NABILA HUDA AKUI TAK TAHU DIRINYA DISAMAN, DAPAT INFO DARI ORANG KOMEN



"Just imagine, saya di saman, tapi saya tak tahu. Saya tahu dari followers yang tengah tengok live saya. Macam mana keadaan ni. Confuse kejap," itulah kata pelakon Nabila Huda yang memberitahu di laman Instagram bahawa dirinya tidak tahu menahu soal isu saman yang dikenakan terhadapnya berikutan kes menuduh seorang wanita 'mengambil' barang bantuan untuk mangsa banjir baru-baru ini.

Menurut Nabila atau mesra dipanggil sebagai Abil, dia mengetahui isu ini apabila seorang pengikutnya meninggalkan komen berkenaan isu ini di Instagram Live beliau dan sudah semestinya berasa terkejut serta pelik.

Dalam pada itu, dia turut berkata dia tidak tahu bagaimana kenyataan tentang isu saman itu sudah diketahui oleh pihak media sedangkan dirinya sendiri tidak menerima sebarang surat lagi.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, pelakon filem 'Munafik' ini dipercayai telah menuduh seorang wanita berlaku tidak amanah dan mengambil bantuan mangsa banjir yang diletakkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sungai Lui, Hulu Langat.

Tambahan lagi, pengacara Melodi ini turut didakwa telah menyalahguna platform media sosialnya sehingga membuatkan reputasi wanita itu terjejas dan susulan itu, wanita tersebut telah melantik seorang peguam bagi meneliti tindakan apakah yang sesuai diambil untuk Abil.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: