21 January 2022

MIRA FILZAH DEDAH HAMIL ANAK PERTAMA, AKAN MASUK TRIMESTER KETIGA



"Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

"Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih.

"Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA," demikian tulis pelakon dan pengacara Mira Filzah yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama menerusi laman Instagram miliknya lewat malam tadi.

Klik untuk gambar besar



Pendedahan Mira itu sekaligus menjawab segala teka teki mengenai spekulasi dirinya hamil. Menerusi entri itu, Mira turut memuat naik gambar alat ujian kehamilan serta berkongsikan usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga.

Dalam pada itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka sejak dari awal hingga kini.

Untuk makluman, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir pada September 2020. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: