20 January 2022

"SEBAGAI ISTERI, MUNGKIN DIA TERBAWA PERASAAN.." - ALIFF AZIZ KOMEN ISU BELLA LANTANG BERSUARA



"Saya ada cakap dengan Bella juga kita perlu hormati pendapat semua orang juga, setiap orang berhak menyatakan pandangan sama ada betul atau tidak itu biar Allah saja yang tahu. Mungkin dia sebagai isteri terbawa dengan perasaan dan saya menganggap ia just a pinch of salt.

"Saya hanya tawakkal, anggap setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah susunan daripada Allah," kata bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz yang menyifatkan tindakan isterinya, Bella Astillah yang lebih lantang bersuara di media sosial setiap kali datang serangan dari netizen sebahagian daripada mainan perasaan.

Terdahulu, di media sosial terutamanya Twitter, Bella menjadi individu paling lantang bersuara setiap kali netizen mengecam, mengkritik atau tidak berpuas hati dengan persembahan Aliff di pentas GV8.

Jelas Aliff, sebagai isteri, Bella lebih bersikap melindungi dan barangkali enggan melihatnya tertekan setiap minggu apabila muncul kata-kata tidak manis dari netizen. Dalam pada itu, Aliff tampil mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menganggap kemaraannya ke pentas akhir GV8 tidak layak.

"Ini semua rezeki Allah dah tentukan. Orang kata anak emas, ada kata favouritisme tapi semua orang punyai pendapat sendiri dan perlu hormati, sama ada betul atau tidak Allah saja yang tahu. Tapi bagi saya apa yang Allah dah susun ni kita bersyukur dan saya cuma harap semua orang tenang-tenang saja insya-Allah.

Klik untuk gambar besar



"Tak perlu gaduh-gaduh, apa yang terjadi Allah dah susun. Mungkin rezeki saya kali ini, saya pun tak jangka sebenarnya. Ramai yang hebat-hebat Masya-Allah," ulasnya.

Malah, ketika ditanya mengenai lagu 'makanan' yang diberi untuk pentas akhir pada Ahad ini, Aliff yang bakal menyanyikan lagu 'Sampai Syurga' (Faizal Tahir) dan 'Dealova' (Once) berduet bersama Hafiz Suip itu menganggap ia subjektif.

"Masya-Allah, pada komen yang baik atau tidak baik, terima kasih banyak-banyak kerana memberi input. Setiap orang punyai pendapat sendiri dan saya menghormati semua seperti saya katakan sebelum ini. Tetapi saya harap untuk pentas akhir ini bersama-sama kita tenang-tenangkan diri kita dan sama-sama buka minda dan hati kita untuk enjoy konsert final nanti.

"Soal makanan atau tidak itu subjektif kepada semua orang. Macam lagu pada malam konsert separuh akhir ada yang rasakan lagu Taufik Batisah (Sesuatu Janji) itu lagu mudah tapi untuk saya ada cabarannya tersendiri dan ada bahagian yang saya perlu perbaiki

"Tapi bukan untuk saya menceritakan kerana tugas saya sebagai penghibur untuk menghiburkan, apa saja masalah atau cabaran kita kena tanggung atas bahu kita sebagai penghibur. Jadi saya harap doakan yang baik-baik kepada semua bukan hanya kepada saya," tambahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: