20 January 2022

SEKITAR PERTUNANGAN & BRIDAL SHOWER ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN



"We're engaged 🤍 Alhamdulillah 🥰 thank you for everything you have blessed me with, ya Allah," tulis adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Athisha Khan yang meraikan hari pertunangan bersama kekasih hati Wan Amirul Haiqal dalam majlis serba ringkas.

Menerusi laman sosial Instagram, Athisha, 24, memuat naik foto-foto sekitar majlis pertunangannya untuk tatapan umum. Malah, dia turut berkongsi video pada hari tersebut di laman YouTube.

Majlis yang dipercayai berlangsung sekitar hujung tahun lalu dihadiri ahli keluarga serta adik-beradik kedua-dua belah pihak. Turut sama menjadi saksi pada hari tersebut adalah suami kepada Neelofa, Haris Ismail serta pasangan Noor Nabila, Engku Emran.

Klik untuk gambar besar



Menerusi ruangan IG Story juga, Athisha turut memuat naik foto sekitar majlis bridal shower yang berlangsung pada malam tadi. Bukan itu sahaja, adiknya Ameera Khan turut berkongsi foto bridal shower yang disambut bersama keluarga terdekat di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Athisha dan Haiqal di atas pertunangan mereka. Tidak kurang juga ramai yang memuji majlis yang serba ringkas dan penampilan Athisha yang cukup manis mengenakan baju kurung merah jambu.


























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: