20 January 2022

NAFI EDAR KAD KAHWIN - WANY HASRITA AKUI TERINGIN KAHWIN TAPI BUKAN SEKARANG



Baru-baru ini, timbul dakwaan, penyanyi Wany Hasrita bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi apabila sudah mengedarkan kad perkahwinan. Ditanya berhubung dakwaan berkenaan, empunya badan menafikan dan berkata dia pasti akan memaklumkan tarikh hari bahagiaanya itu jika sudah diputuskan kedua belah pihak.

Wany juga turut menafikan majlis perkahwinannya juga dikatakan sudah hampir. Dalam pada itu, Wany berkata sudah tentu dia memikirkan soal kahwin namun masih menanti waktu yang tepat serta meminta peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

"Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.

"Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.

Klik untuk gambar besar



"Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur 'loving'. Ia disebabkan saya mencintai diri saya.

"Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,"

Terdahulu, foto dikongsikan Wany di laman Instagtam memaparkan jari yang menunjukkan simbol bentuk 'mini love' mencetuskan spekulasi apabila ramai peminat mengucapkan tahniah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: