20 January 2022

SEGAN NAK KUPAS ISU KINI BERNIQAB - DIANA AMIR MOHON DOA



"Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya. Jadi mohon sahabat yang berhati mulia doakan saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah Allah," itulah ujar pelakon Diana Amir yang mengakui segan untuk mengupas lebih lanjut mengenai penampilan terbaharunya kini yang sudah berniqab.

Jelas Diana, dia memohon peminat dan orang ramai mendoakannya dan terus membuka hatinya untuk belajar tentang agama. Menerusi hantaran sama, Diana turut memuatnaik sepotong video daripada temubual bersama Hijabista baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Dia mengakui mahu mencari keberkatan dan keredaan Allah. Tambah Diana, berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya dalam dan mengharapkan doa daripada orang ramai.

"Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik. Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Mengulas mengenai perjalanan untuk istiqamah, kata Diana dia harus mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar dipermudahkan oleh-Nya.

"Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dirinya sendiri. Kalau niat dia kerana Allah, Insya-Allah kita berjalan kepada Allah. Allah akan 'berlari 'nka bantu kita. Nak dekatkan diri kita peada Allah.

"Jadi, saya rasa sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ni haruslah bersangka baik dengan Allah. Kalau ktia dapat yang buruk-buruk kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabaran. Tapi kalau kita istiqamah, cari apa hikmahnya kita akan dapat," tambahnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: