20 January 2022

VANESSA REYNAULD DEDAH PERNAH JADI MANGSA 'BODY SHAMING', TRAUMA NAK KE SEKOLAH



"Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini, tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya ada sisi kehidupan saya yang orang tak tahu. Sejak kecil lagi saya selalu diejek hingga pernah rasa takut dan trauma ke sekolah. Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semula jadi saya yang cantik ini. Kalau pergi salun nak buat rambut macam ini mahal tau.

"Bagaimanapun, saya berjaya menghadapi perkara itu. Walaupun saya masih lagi terima kecaman mengenai penampilan, ia tidak seburuk dulu kerana saya sudah pandai untuk mengendalikannya. Ada seorang perempuan ini berbadan besar dan dia nak beli baju. Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah.

"Saya ternampak situasi yang membuat saya 'triggered'. Ada seorang perempuan ini berbadan besar dan dia nak beli baju. Tapi kedai itu tak banyak pilihan baju untuk mereka yang berbadan besar. Pembantu jualan itu pun layan tak layan, pandang atas bawah.

Klik untuk gambar besar



"Dari program Ceria Popstar sehingga ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar. Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan. Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.

"Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap 'sindrom down'. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.

"Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani. Jadi, satu hari nanti sata boleh sediakan keperluan abang saya. Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya," demikian kongsi penyanyi Vanessa Reynauld yang mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa 'body shaming' ketika di bangku sekolah dan menerima pelbagai ejekan serta kata-kata negatif mengenai penampilannya ketika itu.



Vanessa berkongsi pengalaman itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram selepas terkesan dengan situasi yang dilalui seorang wanita yang mempunyai tubuh badan besar. Kata penyanyi berusia 22 tahun ini, tidak semua manusia sempurna dan hanya kita yang boleh mengubah pemikiran itu serta mencintai diri sendiri.

Dalam pada itu, Vanessa turut berkongsi rasa teruja apabila wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka di Times Square, New York, Amerika Syarikat sempena kempen Equal-Spotify.

Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul 'Buat Ku Sempurna' pada 28 Januari ini. Single yang diterbitkan Adib Hussin ini dicipta Faizal Tahir bersama Mage dan ia adalah dedikasi khas Vanessa untuk Christopher.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: