21 January 2022

VIDA BERHAJAT 'SUNTING' AWEERA DALAM MV LAGU BARUNYA - INI RESPON EMPUNYA BADAN



"Saya mencari pasangan lelaki untuk video muzik lagu baharu, kalau boleh tak mahu berstatus suami atau kekasih orang. Iqbal tidak boleh menjadi pasangan saya.

"Kami seteru dan bagaimana boleh menjadi pasangan dalam sebuah lagu," ujar usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida menerusi siaran langsung Instagram (IG Live)dimana dia khabarnya sedang 'pening' memikirkan calon penyanyi atau pelakon lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangannya dalam video muzik lagu terbaharunya nanti.

Ujar Vida lagi, dia sangat meminati penyanyi Aweera dan mengakui sangat teringin untuk bekerjasama dengan finalis program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam satu hantaran lain, Aweera tampil memberikan respon mengenai pelawaan Vida dan menghargai pujian yang diberikan jutawan kosmetik itu. Kata Aweera, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam sesebuah karya asalkan memberi kebaikan dan faedah kepada orang lain.

"Allahuakbar! Terima kasih minat nyanyian saya. Saya tak sangka ramai beri sokongan termasuk beliau (Vida). Kalau ada kolaborasi yang boleh dijayakan, mengapa tidak, asalkan beri kebaikan dan faedah kepada semua orang. Insya-Allah," kata Aweera.

Menjengah ke ruangan komen ketika IG Live tersebut, ada netizen yang berseloroh dengan mencalonkan nama-nama seperti Azwan Ali dan Ebby Yus misalnya. Maklum Vida lagi, dia sudah menyenaraikan kriteria tertentu yang diperlukan dan tidak semua penyanyi mempunyai ciri-ciri yang didambakan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: