21 January 2022

NAIM DANIEL BUAT LAPORAN POLIS, BERHUBUNG DAKWAAN TERLIBAT SOUL SCALPING & ILUMINATI



Baru-baru ini, dakwaan mengatakan penyanyi dan pelakon naim Daniel terlibat dalam upacara soul scalping dan menjadi pengikut ajaran iluminati. Susulan dakwaan yang diterbitkan menerusi sebuah akaun Instagram itu, Naim telah membuat laporan polis selepas perkara tersebut menjejaskan reputasi dan mengundang fitnah yang berpanjangan.

"World Peace Entertainment Sdn. Bhd. mengambil berat mengenai isu terhadap salah seorang artis kami, Naim Daniel berhubung kenyataan yang mengaitkan beliau dengan isu iluminati dan upacara 'Soul Scalping' pada 19 Januari 2022.

"Berikutan hal yang dilihat semakin serius, Naim Daniel memutuskan untuk membuat laporan polis di atas tuduhan yang agak berat sehingga menjejaskan reputasi serta fitnah yang berlarutan daripada pengikut-pengikut akaun Ilmu Eskatologi itu.

"Kami dari pihak World Peace Entertainment Sdn. Bhd. ingin menegaskan sebarang tuduhan yang berat akan diambil tindakan serta merta untuk memastikan fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan," maklum kenyataan media yang dikirimkan pihak pengurusan Naim Daniel kepada Astro Gempak.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Naim memaklumkan kecederaan yang dialami oleh pelantun lagu 'Sembah' itu disebabkan kemalangan ketika bermain papan luncur di Shah Alam baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



"Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak Naim Daniel ingin menegaskan bahawa beliau mengalami kecederaan akibat bermain papan luncur di Seksyen 13, Shah Alam. Kemalangan yang berlaku telah mengakibatkan lebam di mata, kecederaan di tangan kiri dan sedikit luka ringan di muka.

"Lebam di mata beliau telah membangkitkan spekulasi di kalangan penganut teori konspirasi yang menyangka itu adalah perbuatan 'Soul Scalping' di satu halaman Instagram yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi (@ilmu.eskatologi).

"Logo di topi Naim yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya juga dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan lagi konspirasi mereka sebagai pengikut dajjal," tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu pengarah Razaisyam Rashid meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan pengguna media sosial menuduh Naim terlibat dalam gerakan iluminati. Malah, kata Razaisyam dia sendiri menjadi saksi kemalangan yang menimpa Naim dan merupakan individu yang menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: