21 January 2022

DIDOAKAN CEPAT MATI - AZWAN ALI TERASA HATI, MINTA NETIZEN BERHATI MULIA



"Netizen ingat saya sakit nak mati. Komen begini menyakitkan dan keterlaluan. Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan... minta supaya cepat sembuh. (Bergurau dengan) hal mati, sakit... tak dididik ke?

"Kalau orang tu sakit... bermusuh macam mana pun pergi melawat dia," kata selebriti sensasi yang terkenal dengan bermulut lantang, pengacara Azwan Ali dimana dia mengakui terasa hati dengan komen segelintir netizen yang mendoakan kecelakaannya.

Azwan atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA, 56, masyarakat seharusnya dididik dengan budi pekerti mulia dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia.

Pada 14 Januari lalu Azwan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan. Lebih menggemparkan apabila Azwan sendiri mendakwa dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialaminya itu, Azwan berkata dia mengesyaki ia berpunca daripada burger yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan pada malam kejadian.

"Saya beli burger tepi jalan, saya lapar sangat. Selepas beli saya terus makan dalam kereta tanpa periksa dulu kebersihannya. Itu salah saya sendiri, sepatutnya periksa dulu jika ada benda asing. Saya memang masuk ICU... lepas tu orang komen kata ingat saya dah mati, hidup lagi rupanya," kongsinya.

Sementara itu, Azwan yang merupakan selebriti berpengalaman dalam dunia penyiaran ini berkata pembabitannya di stesen televisyen tidak akan membuatkan dia berhenti memberi kritikan pedas di media sosial.

"Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat! Jika ada sebarang kes atau ada orang buat sesuatu yang tidak betul saya akan tegur. Tapi janganlah cepat melenting kerana saya tegur untuk kebaikan semua. Di hadapan kamera saya berbeza," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: