"Akhirnya... syukur saya berada di kedudukan kelompok atas. Ia bukan usaha saya seorang, pastinya pihak pengurusan juga banyak membantu dan doa peminat yang sentiasa mahu melihat saya berjaya.
"Namun tak boleh nak rasa senang. Cabaran seterusnya adalah untuk minggu separuh akhir nanti," ujar pelakon Aweera yang akhirnya berpuas hati apabila berjaya membuktikan kemampuan vokalnya, selepas lapan minggu berjuang dalam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 31, yang menyanyikan lagu 'Rapuh' dari kumpulan Nastia berpuas hati dan lega dapat menduduki markah tiga tertinggi pada malam suku akhir GV8, Ahad lalu.
Klik untuk gambar besar
Akui tertekan untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu, Aweera juga menganggap GV8 adalah platform untuk dia kembali mencipta nama. Apa lagi industri hiburan tempatan kini semakin rancak berjalan selepas negara kita melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya akui melakukan kesilapan dalam konsert sebelum ini. Bukan mudah untuk membuat persediaan dalam masa singkat. Sebelum ini pun saya dah lama tidak membuat persembahan pentas, jadi ini bagaikan kembali semula menyanyi. Tekanan untuk buat persembahan terbaik memang ada, tapi pengalaman sebelum ini banyak ajar saya untuk sentiasa tenang," jelasnya.
________________________
No comments:
Post a Comment