19 January 2022

VIDA: "KITA 'MOVE ON' SAHAJALAH... DAH SAH-SAH, SAYA PUN TAK NAK SHUIB"



Kenyataan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang sebelum ini mengakui Shuib Sepahtu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya itu mendapat respon pelawak berkenaan. Menurut Shuib, tidak mungkin dia dan Vida akan bercinta, namun akui selesa berkawan denganya atas urusan bisnes makanan diusahakan bersama ketika ini.

Nampaknya hasrat Vida ingin berjodohan bapa kepada 4 orang anak itu seakan-akan ditolak. Vida yang berlapang dada itu tampil bersuara dengan mengatakan dia tidak kisah jika hasratnya mahu menggantikan kedudukan Allahyarham Siti Sarah sebagai isteri dan anak-anak kepada Shuib tidak kesampaian.

"Tidak mengapa, kita 'move on' sahajalah. Kalau Shuib tak nak (berjodohan dengan saya), dah sah-sah, saya pun tak nak juga. Saya dengan Shuib memang tiada masalah. Saya menghormati hasrat dan keputusannya dan sebagai seorang wanita, saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Klik untuk gambar besar



Vida bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat Shuib sekeluarga agar bertemu pengganti yang sesuai bagi mengisi posisi isteri dan anak-anaknya. Jelasnya lagi, meskipun tidak berjodohan mereka tetap akan menjaga hubungan baik yang telah terjalin memandangkan bisnes tersebut diusahakan bersama.

Malah menurutnya, dia berharap hubungan sebagai kawan tidak menjadi keruh hanya disebabkan oleh isu ini apatah lagi dia mengenali Shuib dengan rapat. Vida turut berkata meskipun tiada insan bergelar suami di dalam hidupnya, dia tetap boleh melakukan dan mencapai banyak perkara.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: