"Maaf, rasanya tak nak komen banyak. Tiada apa pun yang berlaku. Lagi pun Shuk tiada di sini, dia masih di Pulau Pinang," demikianlah jawab isteri kepada Shuk Sahar, Rossa Sera dimana dia enggan memberi kenyataan lanjut tentang status rumah tangganya bersama pelawak dan pengacara itu.
Kemelut rumah tangga Shuk dan Sera bagai tidak berkesudahan apabila masih belum menemui noktah walaupun sudah hampir tiga bulan mereka hidup berjauhan. Akui Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, ketika ini Shuk masih berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, timbul tanda tanya tentang perkembangan berhubung kenyataan Sera sebelum ini yang mahu memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November lalu.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment