19 January 2022

BILA TIRO MAHU IKUT JEJAK SENARIO, RANCANG BUAT SITKOM



"Kami memang ada beberapa perancangan terutamanya untuk mempunyai sitcom sendiri bagi menghiburkan peminat lawak di negara ini. Kita pernah mempunyai beberapa sitcom yang sangat menarik sebelum ini dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali rancangan seperti itu," kata Sharif yang memberitahu kumpulan Tiro merancang untuk memulakan sitkom sendiri dalam usaha untuk memperkasakan jenama kumpulan mereka, selepas bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2021.

Tiro yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini itu mengambil pendekatan sama seperti dilakukan kumpulan Senario untuk memberikan variasi hiburan lawak tanah air. Sementara itu, Danial akui lebih banyak idea boleh dikongsikan menerusi sitkom malah merancang untuk merakamkan single pertama Tiro.

"Idea rakam lagu ini tercetus bila kami buat muzikal komedi, jadi kami juga teringat momen lagu-lagu etnik yang pernah dirakam oleh senior kami seperti Senario. Jadi kami rancang untuk merakamkan lagu dengan konsep sama dengan elemen joget untuk peminat kami," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Mengenai hayat kumpulan Zero, iaitu gandingan Sharif, Syaiful dan Atu, ia masih aktif namun akui Sharif, permintaan kini lebih kepada Zero.

"Zero masih ada dan tetap akan bersama. Zero dan Tiro akan berjalan seiring. Sebab masing-masing ada kekuatan. Dalam Tiro kami memang mahu Danial memainkan peranan utama dengan gandingan saya dan Melati (Syaiful) serta kami memilih lawak meniru gaya dan suara," ujarnya.

Tambah Danial, tidak ada isu ganti sesiapa tetapi masing-masing ada cara dan pendekatan tersendiri. Malah katanya, tidak mustahil untuk Tiro dan Zero bergandingan dalam satu persembahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: