20 January 2022

"RAMAI NETIZEN 'BANTAI' MAWAR... SAYA MAAFKAN MAWAR, MUNGKIN DIA TERLALU EMOSI" - FIZO



"Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan. Ramai netizen yang 'bantai' Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya.

"Apa pandangan dia, saya hormati. Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham. Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengecam dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara.

"Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya," kata pelakon Fizo Omar yang mengakui simpati dengan nasib bekas isterinya, Mawar Karim yang teruk dikecam netizen serta sudah memaafkan tindakan Mawar.

Klik untuk gambar besar



Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Fizo dan Mawar selepas usahawan itu memuat naik gambar anaknya keseorangan di taman tema yang diterimanya daripada individu yang dirahsiakan identitinya, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Mawar ada memuat naik video Maryam ada menyebut perkataan 'trouble' dan 'sad' ketika ditanya selepas pulang bercuti dengan bapanya. Susulan perkongsian tersebut, Mawar telah dikecam teruk oleh netizen.

Dalam pada itu, Fizo turut meminta netizen supaya berhenti mengecam bekas isterinya kerana walau apa pun terjadi Mawar tetap ibu kepada anak mereka, Wan Maryam.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: