20 January 2022

NABILA HUDA BAKAL BERDEPAN SAMAN, TUDUH AKTIVIS WANITA CURI BANTUAN MANGSA BANJIR



Seorang wanita yang juga aktivis kemasyarakatan, Fatimah Zaharah Rahim bakal mengambil tindakan undang-undang saman fitnah terhadap pelakon dan juga personaliti TV, Nabila Huda kerana menuduhnya berlaku tidak amanah dalam membantu mangsa banjir.

Aktivis berkenaan mendakwa Nabila telah sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap dirinya.

Fatimah kemudiannya melantik barisan peguam yang terdiri daripada Datuk Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli bagi tujuan saman fitnah terhadap pengacara program hiburan Melodi itu.

Ujar Nurul Hafidzah, mereka akan meneliti dan mengkaji tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pengacara itu.

Klik untuk gambar besar



"Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat. Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya," jelasnya.

Katanya lagi, Fatimah memandang serius penyebaran berita palsu dan fitnah yang terjadi di media sosial itu dan menganggap ianya sebagai satu sikap tidak bertanggungjawab tambahan status Nabila sebagai seorang selebriti dan mempunyai ramai pengikut.

Pada 25 Disember lalu, Nabila telah mengkritik tindakan seorang aktivis wanita yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

Perkongsian tersebut difahamkan telah dimuat naik di aplikasi Twitter dan menerima hampir ribuan ulang kicau dan komen, namun dipadam oleh Nabila tidak lama kemudian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: