13 February 2022

13 TAHUN JADI IBU TUNGGAL - SITI NORDIANA BERSYUKUR TETAP BAHAGIA BERSAMA ANAK



Pasti kebanyakan peminat yang mungkin tertunggu-tunggu siapakah yang bakal membuka pintu hati penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana, 38, untuk kembali berumah tangga.


Nana berkata, dia sedar selagi belum naik pelamin kali kedua, pasti akan terus ditanya dengan perihal jodoh itu. Baginya, ia sudah biasa dan tiada masalah untuk menjawabnya.

"Saya masih selesa begini (jadi ibu tunggal) dan sudah 13 tahun pun, Alhamdulillah. Syukur saya juga tetap bahagia dengan Rayyan sekarang.

"Dah banyak kali jawab mengenai soalan jodoh ini, lali rasanya. Tapi, saya tak akan mengelak dan terus beri jawapan sama seperti yang sebelum ini. Cuma sekarang jodoh baru saya, mungkin belum sampai lagi.

Klik untuk gambar besar



"Saya pun tak pernah meletakkan sebarang sasaran bila nak tamatkan zaman 'ibu tunggal' ini. Malah, saya sama sekali tidak berasa trauma atau serik dengan kegagalan perkahwinan lalu.

"Anak saya, Rayyan pun tak halang jika nak berumah tangga. Tapi, sejujujurnya saya sendiri lebih selesa memberi fokus pada kerjaya seni. Ditambah lagi, kemunculan saya ini selepas mendapat peluang kedua," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Nana yang aktif semula dalam kerjaya seninya pada 2015 lalu selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) berkata, kini dia mahu terus berusaha selagi diberi peluang berkarya.



Terdahulu, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006 dan akhirnya bercerai sekitar 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 14.

Bagaimanapun, Nana yang kini popular dengan lagu 'Hatiku Milikmu', 'Angkara' dan terbaharu, 'Amaran' itu didapati turut tidak terlepas dikaitkan dengan gosip cinta termasuk bersama pengurusnya, Al Anas Osman.

Baru-baru ini juga, pelakon drama 'Dia Semanis Honey' itu dikaitkan netizen dengan suami Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu gara-gara tular video Nana menempah pakaian untuk persembahan di sebuah butik.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: