13 February 2022

"TIP CURANG, TAK PAYAH LA..." - SHUK AKUI HIDUP TAK GEMBIRA MENDUAKAN ISTERI



"Aku curang dengan orang yang sama beberapa kali. Mungkin ada orang curang dengan orang yang berlainan, orang tak tahu. Apa yang aku boleh beritahu, sejujurnya kalau ada keluarga, percayalah... tak payah la curang," demikian akui pelawak Shuk Sahar.


Sering dikaitkan dengan kontroversi curang, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, telah dilabel contoh lelaki tidak setia. Dek kerana itu, Shuk menerima banyak pertanyaan netizen yang meminta tip daripadanya.

Menjawab pertanyaan tersebut, Shuk bagaimanapun mengakui tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadapnya. Tambahnya lagi, tindak tanduknya itu bukan sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan ikutan.

"Apa yang saya boleh cakap, satu saja... tak best pun jadi macam aku... tak best, tak happy dan bukan satu benda yang elok. Yang mana nak minta tip curang, tak payah la. Itu yang hangpa tengok aku.

Klik untuk gambar besar



"Kebetulan aku, hangpa kenal dah boleh nampak apa benda yang aku buat. Boleh jadikan satu benda yang tak payah ikut pun," kata Shuk dalam satu perkongsian video yang kini menjadi tular di TikTok selepas netizen memuat naik di platfrom itu.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali 'kantoi' berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: