07 February 2022

30 TAHUN BERGELAR ANAK SENI - AMY MASTURA SERAH REZEKI KEPADA ALLAH, ENGGAN TERLALU KEJAR



Penyanyi dan pelakon Amy Mastura yang sudah menjangkau 30 tahun terbabit sebagai anak seni, mengakui tidak mahu terlalu mengejar setiap tawaran yang datang. Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 51, berkata, dia sebaliknya lebih senang menyerahkan ketentuan rezeki Allah swt.

"Saya sentiasa bernasib baik ada rezeki dalam industri. Macam sebelum ini, saya baru selesai berlakon drama dan kemudian terpaksa tolak beberapa drama lain.

"Ingatkan sudah tiada 'job' (kerja lagi), rupa-rupanya selepas itu saya dapat tawaran menjadi juri The Masked Singer Malaysia pula. Paling seronok kerana tawaran ini datang pada masa yang sesuai iaitu ketika saya sedang bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Amy yang bermula sebagai penyanyi sebelum mengembangkan langkah dalam bidang lain itu berkata, dia masih mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia. Menurutnya, tiada istilah dia akan angkat kaki menyertai syarikat rakaman lain

Klik untuk gambar besar



"Saya tak terfikir nak keluar dari Sony Music kerana nak pergi mana pun sekarang. Saya masih berhutang satu album tapi sekarang trend keluarkan single, mana ada album.

"Jadi saya tak kisah sangat. Mereka pun belum ada 'material' lagu dan sekali lagi saya pun tak kisah sangat. Inilah konsep saya sekarang. Namun saya percaya rezeki tak salah alamat. Suatu hari jika 'material' yang bagus datang, yang kita suka kita buat. Kalau tiada saya pun tak paksa.

"Saya takkan ke mana-mana dan kekal dengan Sony Music. Saya sekarang baru teringat yang saya boleh cipta lagu sendiri. Insya-Allah akan cuba semula cipta lagu selepas ini. Walaupun katakan saya nak satu lagi single, namun kalau belum masanya tak akan terjadi.

"Kalau sudah tiada, tak payah menggelabah sangat. Kalau tak menyanyi pun, saya sibuk dengan lakonan dan bidang lain," katanya yang baharu selesai membintangi drama 'Khilaf Asmara' untuk tayangan semasa Ramadan nanti.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: