08 February 2022

KERETA SHUK TERBABAS KE DALAM PARIT



Isu Shuk Sahar bersama seorang wanita di kedai makan belum reda lagi, namun tular pula video memaparkan kereta jenis Myvi berwarna hitam didakwa milik pelawak itu terbabas ke dalam parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam petang semalam.

Lebih menguatkan lagi spekulasi kenderaan itu milik Shuk apabila Utusan TV menerusi TikTok rasmi turut berkongsi video tersebut: "Kereta Shuk Sahar terjun parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam," tulisnya.

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat Shuk berada di lokasi kejadian sambil memerhatikan kereta itu diangkat naik ke atas jalan.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sedang diuji, Shuk dilihat tenang dan masih mampu ketawa. Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengesahan daripada Shuk mengenai perkara itu.

Sementara itu, di ruangan komen TikTok Utusan TV, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta mendoakan agar urusan pelawak itu dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen mengatakan apa yang berlaku adalah kifarah. Tidak kurang juga ada netizen mungkin tertekan kerana tular video keluar dengan skandal.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: